Instafx tipu/scam atau tidak?

Salam traders,

Dari dulu hingga sekarang memang sudah menjadi pertanyaan biasa trader baru terhadap broker InstaForex.

Betul ker nih?
Boleh percaya ke?
Tak bawa lari duit aku ke nanti?
Boleh withdraw ke tidak?

Yang pasti misinya satu; mencari broker yang paling SELAMAT.

Mungkin review ini agak berat sebelah kerana datang dari kami sendiri sebagai partner InstaForex.

Tetapi cubalah anda fikirkan beberapa perkara ini:
  1. Company ini telah beroperasi dari 2007/2008 dan masih rancak lagi hingga sekarang.
  2. IB masih aktif dan semakin ramai di Malaysia malahan seluruh dunia.
  3. Instaforex menjalinkan kerjasama dengan nama terkemuka dunia seperti Liverpool FC.
  4. Brand Instafx terpapar di badan kapal terbang Czech Airlines.
  5. Menganjur pertandingan setiap tahun untuk pemilik akaun demo dan real.
  6. Grand dinner setiap tahun di Kuala Lumpur, Malaysia
Dan macam-macam lagi yang menarik anda boleh baca sendiri di website mereka.

Kami rasakan jika ia adalah company cap ayam, mereka tidak akan mampu untuk melakukan pelbagai perkara itu dengan konsisten setiap tahun yang menelan kos jutaan ringgit.

Ini membuktikan InstaForex mempunyai kewangan dan perniagaan yang sangat stabil.

Kami tahu memang banyak review yang tidak elok mengenai Instafx. Tetapi adakah anda akan percaya bulat-bulat tanpa membuat kaji selidik?

Sebaik-baiknya adalah dengan mencuba sendiri trading di InstaForex. Anda boleh buka akaun paling kecil (cent) untuk mengurangkan risiko.

Lepas tu terpulang kepada anda sendiri untuk menilai sama ada Insta Forex penipu atau tidak. :)